Tiang patah, bukan sengaja pasang Jalur Gemilang terbalik – polis

0
1
jalur gemilang

JALUR gemilang didakwa dipasang terbalik seperti yang tular di laman Twitter semalam didapati berlaku kerana tiang bendera itu patah, bukannya ia sengaja dipasang terbalik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Syukor, berkata pada sekitar jam 10.40 malam tadi pegawai daripada Balai Polis Bukit Puchong pergi ke alamat Vista Millenium, Taman Puchong Perdana.

“Pemeriksaan mendapati tiang bendera tersebut telah patah akibat ditiup angin dan menyebabkan Jalur Gemilang menghala ke bawah.

“Ketua Pengawal Keselamatan telah menurunkan Jalur Gemilang tersebut serta-merta sebelum ianya digantikan dengan tiang yang baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, satu laporan polis dibuat bersabit Bukit Puchong Repot dan ciapan yang dibuat di laman sosial Twitter telah dipadam sejurus selepas tindakan diambil berkaitan isu tersebut.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat tanpa usul periksa.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya).

“Segala indentiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di laman Twitter sebuah video yang dimuat naik pemilik akaun Farwah Qalbi yang memaparkan Jalur Gemilang yang dikibarkan dalam keadaan terbalik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here