Shah Firdaus dikejarkan ke hospital

0
1

PELUMBA basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka, sejurus menamatkan saingan peringkat saringan acara keirin.

Memetik Astro Arena, Shah Firdaus disyaki mengalami patah tulang rusuk selepas terlibat dalam kemalangan pada perlumbaan hari ini.

Pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui keadaan sebenar pelumba negara itu.

Atlet kelahiran Muar Johor itu, yang bangkit menduduki tempat kedua saingan repechage untuk ke suku akhir, diharapkan tidak menghadapi kecederaan yang serius dalam misi memburu emas sulung negara di temasya Olimpik.

Shah Firdaus dan Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan untuk berlumba dalam pusingan suku akhir esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here