Siti Sarah dimasukkan ke ICU

0
1

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin, 36, yang sedang sarat mengandung tujuh bulan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen tidak stabil.

Perkara itu dimaklumkan suaminya yang juga pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu dalam satu perkongsian di laman Instagram pagi ini.

Menurut Shuib, keadaan isterinya itu tidak berapa baik dan memohon semua mendoakan keselamatan Siti Sarah dan anak dalam kandungannya.

“Assalamualaikum, salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia yang tidak berapa baik.

“Saya mohon di hari yang baik, hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Moga Allah merahmati kita semua. Amin,” katanya.

Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, kelmarin selepas tahap oksigennya menurun.

Penyanyi dan usahawan popular itu sebelum ini, mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19.

Keputusan itu diperoleh selepas melakukan ujian saringan susulan pembantu rumah mereka disahkan positif wabak berkenaan pada 27 Julai lalu.

Pasangan artis berkenaan berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, serta kini Siti Sarah sarat mengandung anak keempat mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here