Kerajaan PN cuba batalkan keabsahan MKT Umno – Najib

0
1
Kredit FB

DATUK Seri Najib Razak hari ini mempertikaikan tindakan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menetapkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan sebagai tidak sah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau percaya keputusan berkenaan dibuat susulan tindakan MKT Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerajaan PN tak suka dengan keputusan MKT Umno untuk tarik sokongan dari PM8 (Muhyiddin).

“Maka hari ini, kerajaan PN pun batalkan keabsahan MKT Umno. Dikatakan sudah tamat pada 30 Jun 2021. Pihak lain buat yang sama tak apa pulak,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam hantaran sama, Najib turut menyerta laporan berita mengenai keputusan PAS untuk menangguhkan pemilihan parti itu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Mac lalu.

Terdahulu, media melaporkan, ROS menetapkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ketua Pengarahnya Jasri Kasim berkata, ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

“Umno perlu membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada ROS dalam tempoh terdekat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here