Doakan Siti Sarah dan kandungan selamat jalani pembedahan

0
1

PENYANYI dan usahawan popular, Siti Sarah Raisuddin, 36, akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya kira-kira jam 2 petang ini.

Suaminya Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Terima kasih yang mendoakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi lebih kurang 2 lebih Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan baby.

“Saya mohon terus doakan Sarah semoga pembedahan terus dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih semua,” katanya.

Terdahulu Shuib, memaklumkan isterinya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen tidak stabil.

Siti Sarah sebelum ini mendedahkan dia dan suami yang serta tiga anaknya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan susulan pembantu rumah mereka disahkan positif wabak berkenaan pada 27 Julai lalu.

Pasangan artis berkenaan berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, serta kini Siti Sarah sarat mengandung tujuh bulan anak keempat mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here