Kes kematian Covid-19 di Malaysia cecah 10,000

0
1

SEBANYAK 164 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 mencecah lebih 10,000 iaitu 10,019 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di laman Facebooknya, berkata bagi jumlah kes sembuh baharu ialah 13,893 kes menjadikan kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 976,626 kes.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 mencatatkan angka paling tinggi iaitu 20,596 yang membabitkan 20,562 kes tempatan dan 34 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 217,061 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 1,203,706 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,078 kes dengan 549 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here