Covid-19:1.5 juta dos vaksin akan dihantar ke Johor

0
1

SEBANYAK 1.5 juta dos vaksin Covid-19 akan dihantar ke Johor iaitu lebih daripada 1.3 juta yang diumumkan sebelum ini, sekali gus bakal meningkatkan kadar vaksinasi kepada 60,000 dos sehari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil maklum titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim berhubung kadar vaksinasi di negeri itu yang masih rendah berbanding negeri lain.

“Justeru, saya telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk melihat situasi ini dan berbincang dengan YAB Menteri Besar supaya dapat meningkatkan bekalan vaksin ke negeri ini,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, dengan kadar vaksinasi 60,000 dos itu nanti, kerajaan menganggarkan Johor akan mencapai tahap 40 peratus populasi dewasa divaksinasi sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

“Di Muar dan Pagoh sahaja, kita telah capai 60 peratus populasi dewasa divaksinasi dan ini merupakan perkembangan yang amat menggalakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan beliau sempat meninjau sendiri proses vaksinasi dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Dataran Felda Batu 27, Lenga, Pagoh hari ini.

“Di situ saya juga sempat menyampaikan sumbangan makanan kepada dua wakil masyarakat Felda Moakil, sebelum singgah ke kediaman warga emas, Ismail Simat bagi menyerahkan Bakul Prihatin Negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here