TAN Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pagi tadi beliau diterima menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara.
“Mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan saya bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan KDYMM Tuanku berhubung urusan serta isu-isu berkaitan kerajaan.
“Usai sesi menghadap, saya kemudiannya mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebooknya petang ini. – Malaysiapost
Foto Kredit: Istana Negara

