Shiha Zikir keliru dilarang rakam video ketika terima vaksin

0
2

“SEKURANG-kurangnya beradap la sikit nak bercakap dengan penerima,” kata penyanyi dan pelakon Shiha Zikir yang berang tidak dibenarkan merakam video ketika disuntik vaksin, semalam.

Menurut pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir, 33, dia keliru tidak dibenarkan membuat rakaman ketika menerima suntikan dos kedua walhal ia telah dibenarkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

“@khairykj dah cakap dibenarkan ambil video tambahan memang niat nak galakkan orang atau pengikut untuk ambil vaksin.

“Janganlah bagi alasan yang tak masuk akal. Bukannya tak percaya dekat doktor pun,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pelantun lagu ‘Pilihlah Aku’ itu juga berkata sepatutnya tidak timbul sebarang isu apabila penerima ingin merakam proses suntikan vaksin kerana ia adalah bukti simpanan jika berlaku perkara tidak diingini.

Pada 23 Julai lalu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Jelas Khairy, ia bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here