Anwar dakwa Kerajaan PN telah tumbang, hilang majoriti

0
1

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah ditumbangkan kerana sudah hilang majoriti.

Anwar berkata, beliau mendapat maklumat dari negeri lain yang telah mengemukakan senarai barisan pemimpin yang meminta keluar daripada PN.

“Maka dengan 107 (ahli Parlimen) yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan.

“Soalnya, ini pelanggaran hukum menggunakan kuasa membelakangi rakyat, undang-undang, Parlimen dan membelakangi istana,” katanya semasa berucap di Dataran Merdeka, hari ini.

Terdahulu, cubaan Ahli Parlimen pembangkang untuk memasuki bangunan Parlimen tidak dibenarkan pihak polis dan terpaksa berhimpun di Dataran Merdeka kira-kira jam 10 pagi.

Sementara, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sengaja membelakangi titah istana dan memperlekehkan Perlembagaan.

“Penghinaan kepada institusi diraja menyebabkan kita berhimpun pada hari ini”, katanya.

Beliau berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pelanggaran hukum sedemikian rupa oleh Perdana Menteri dan kabinetnya.

“Soalnya, ini pelanggaran hukum menggunakan kuasa membelakangi rakyat, undang-undang, Parlimen dan membelakangi istana,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here