1,059 kes dirawat di ICU

0
1

LEBIH 1,000 pesakit Covid-19 dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini, iaitu 1,059 kes dan daripada jumlah itu 531 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, jumlah kes kematian akibat Covid-19 pula seramai 160 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 9,184 orang.

Menurut KKM, jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini 11,326 kes dengan keseluruhan kes sembuh kini adalah 925,965 kes.

“Kes baharu positif adalah 17,150 kes dengan satu daripadanya adalah kes import dan keseluruhan jumlah positif kini 1,130,422 kes dengan jumlah kes masih aktif adalah 195,273 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here