HAMPIR 200 peserta perhimpunan keluar dan #lawan berhimpun berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.
Himpunan yang dipercayai diadakan bagi meluahkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan bergerak dari Stesen Monorail Masjid Jamek kira-kira jam 11 pagi, lapor Sinar Harian.
Peserta himpunan kelihatan duduk di Jalan Tun Perak sementara menunggu kebenaran untuk memasuki Dataran Merdeka.
Tinjauan mendapati suasana himpunan dalam keadaan terkawal dan diawasi oleh anggota polis.
Peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Edy,25, berkata, dia hadir seawal jam 10 pagi untuk menyertai himpunan ini.
“Saya dapat tahu daripada rakan, kebetulan saya cuti hari ini, jadi saya datang untuk sertai himpunan ini.
“Pandangan saya perlu adanya himpunan sebegini untuk meluahkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan,” katanya.
Peserta yang memakai baju hitam turut melaungkan slogan lawan dan undur sebagai tanda protes terhadap kerajaan. – Malaysiapost
Foto Kredit: TW/Kiran Raj

