67 premis ingkar SOP diarah tutup

0
1

SEBANYAK 67 premis diarahkan tutup serta-merta semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (KPK).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 2,025 kilang, 15,573 premis perniagaan, 923 tapak pembinaan dan 367 asrama penempatan pekerja.

Katanya, pada masa sama seramai 222 individu dikompaun manakala enam lagi direman atas kesalahan ingkar SOP.

“Kesemua tindakan itu diambil susulan operasi penguatkuasaan melibatkan 19,406 anggota Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

“Selain itu, 93,420 pemeriksaan dan snap check Covid-19 telah dilaksanakan bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan Operasi BENTENG (Op BENTENG) telah membuat tangkapan terhadap seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima kenderaan darat, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here