Tak hormati Agong, Muhyiddin perlu letak jawatan – Anwar

0
2

[PARLIMEN] PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan dengan segera susulan kerajaan pimpinannya telah melanggar prinsip perlembagaan serta tidak menghormati institusi raja.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan Yang di-Pertuan Agong hari ini menzahirkan rasa amat dukacita apabila kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat, walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.

Anwar berkata, dengan menyebut nama Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan media dikeluarkan Istana Negara, ia jelas menunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu telah mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kenyatan ini (Istana Negara) jelas menunjukkan Kabinet diketuai Muhyiddin telah melanggar semangat perlembagaan, menghina institusi raja berpelembagaan khususnya Yang di-Pertuan Agong serta mengelirukan Dewan.

“Oleh demikian tidak bercakap benar kepada Dewan serta mengelirukan rakyat, kita tiada pilihan selain menuntut Perdana Menteri letak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ia kemudian disahut riuh rendah suara Ahli Parlimen pembangkang mendesak Muhyiddin meletak jawatan hari ini.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan sepanjang tempoh Darurat, walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.

Al-Sultan Abdullah Rrayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dipersetujui terdahulu dengan Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan berkata Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, Seri Paduka Baginda turut menegaskan permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.

Ia bukan saja gagal menghormati pnnsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here