63 premis diarah tutup semalam

0
1
grafik

SEBANYAK 63 premis meliputi lima kilang, 55 premis perniagaan dan tiga tapak pembinaan diarah tutup serta-merta semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,874 kilang, 15,116 premis perniagaan, 883 tapak pembinaan dan 226 asrama penempatan pekerja.

Katanya, pada masa sama seramai 296 individu dikompaun manakala 20 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP.

“Kesemua tindakan itu diambil susulan operasi penguatkuasaan melibatkan 20,205 anggota Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

“Selain itu, 82,992 pemeriksaan dan snap check Covid-19 telah dilaksanakan bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan Operasi BENTENG telah membuat tangkapan terhadap enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah kenderaan darat, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here