Lelaki 60 tahun lakukan seks dengan kambing ditahan

0
1

POLIS menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 60 tahun selepas disyaki melakukan persetubuhan luar tabie terhadap seekor kambing di Kampung Sungai Buaya dekat Rawang, semalam.

Perbuatan jijik warga emas terbabit dikesan oleh seorang wanita yang juga pemilik kambing selepas terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing di belakang rumahnya, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata wanita tempatan berumur 45 tahun itu kemudian mendapati terdapat seorang lelaki yang dikenalinya dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing miliknya.

Katanya, lelaki tersebut kemudian melarikan diri manakala kambing peliharaan wanita itu telah mati.

Beliau memaklumkan, pihaknya bersama pasukan Forensik Polis Selangor dan Jabatan Verterinar Haiwan Kuala Kubu Bharu telah menjalankan siasatan di tempat kejadian, manakala bangkai kambing dihantar ke makmal untuk analisis.

“Bertindak atas maklumat pada jam 10.50 pagi tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu selangor telah menahan suspek di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 dan 289 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya suspek, polis telah berjaya menyelesaikan kes itu serta mengurangkan kegusaran masyarakat setempat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here