Kerajaan PN perlu beri perhatian cadangan Najib – Pemuda PAS

0
1
KOTA BHARU 25 APRIL 2018. Calon PAS P022 Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di majlis pengisytiharan calon PAS Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang menampilkan 21 muka baru daripada 59 calon di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). NSTP/SYAMSI SUHAIMI

PEMUDA PAS mahu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi perhatian terhadap saranan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, cadangan-cadangan yang dilontar oleh Najib itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja memandangkan beliau berpengalaman luas selaku bekas pemimpin negara.

“Cadangan-cadangan Datuk Seri Najib itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Beliau merupakan bekas Perdana Menteri, fakta semua ada dalam kepalanya. Beliau ada fakta, beliau ada hujah dan sebagainya. Jadi kerajaan perlu mengambil kira pandangan-pandangan yang dikeluarkan ini,” katanya dalam satu wawancara politik di Facebook.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan, kerajaan perlu segera menerima cadangan yang bermanfaat Ahli Parlimen Pekan itu sekali gus dapat mengelakkan rakyat terus keliru dengan situasi politik negara sekarang.

“Di sebelah Datuk Seri Najib sebagai pencadang pun, saya kira beliau perlu diberikan ruang untuk memberikan cadangan dan lontaran idea kepada kerajaan.

“Situasi yang ada pada hari ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Kalau dibiarkan berterusan rakyat pun akan menjadi keliru yang mana kerajaan dan yang mana pembangkang,” katanya.

Sambil mengaku menggemari dan membaca hantaran Najib di media sosial, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyeru orang ramai agar bijak menilai apa yang diperkatakan Najib di media sosial.

“Dan adakah kerajaan ini dalam keadaan yang sangat-sangat ‘fragile’, keadaan yang sangat-sangat tidak kukuh dan sebagainya dan saya suka baca hujah-hujah yang dikuarkan oleh bekas Perdana Menteri kita berhubung soal hujah ekonomi, soal beliau nak troll dan sebagainya saya kira hujah ini boleh ditolak ketepi,” katanya.

Sementara itu Najib mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Fadhli kerana telah membuktikan bahawa setiap hujahnya di media sosial bukanlah untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

“Eh! Rupanya saya bukan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan saja atau pun sekadar buat posting syiok sendiri untuk dapat “like”.

“Apapun, terima kasih YB sebab follow FB saya,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here