Kenapa Selangor rendah terima vaksin, soal Noh

0
2
Warga-warga asing hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC ketika tinjuan Malaysiapost pagi tadi.

[PARLIMEN] SELANGOR perlu diberi bekalan vaksin lebih memandangkan kadar positif Covid-19 di negeri itu paling tinggi di Malaysia.

Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata, berdasarkan data penerima satu dos vaksin, Selangor baru mencatatkan 40.8 peratus.

Peratusan itu katanya, jauh lebih rendah berbanding ‘rakannya yang lain’ di Lembah Klang seperti Putrajaya 78.8 peratus dan Kuala Lumpur 117.2 peratus.

“Kenapa Selangor rendah terima vaksin? Macam mana boleh berlaku?” soalnya dalam sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, usaha pemberian vaksin perlu diutamakan memandangkan 50 peratus daripada mereka terlibat pandemik datangnya dari negeri itu.

Beliau juga mempersoalkan kenapa bekalan vaksin tidak dijual kepada swasta dan kerajaan negeri.

Noh menambah, sekiranya ia tidak menganggu proses vaksinasi kerajaan pusat, kebenaran boleh diberi kepada swasta dan kerajaan negeri membelinya.

“Bulan lepas mereka (Pharmaniaga) terpaksa tolak dua juta, China nak hantar sebab apa? Sebab simpanan yang ada selepas beri kerajaan 14.4 juta masih ada hari ini ada 3.2 juta.

“Persoalannya kenapa tidak boleh dijual vaksin ada pada Pharmaniaga?” soalnya.

Noh juga mempertikaikan tindakan anak syarikat kerajaan negeri, Selcare yang membeli 800 dos vaksin yang kemudiannya menjualnya RM350 bagi dua dos.

Beliau juga mempertikaikan ada urusan bertindih antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

“Federal ada PICK, Selangor ada Selvax. Ada MySejahtera, Selangor ada Selangkah. Adakah kerana kerajaan negeri bawah PH (Pakatan Harapan) pandai-pandai buat sendiri, akhirnya jadi mangsa, rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here