JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan sebanyak 278,023 perjawatan tetap kepada Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 31 April lalu.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Sidang Khas Parlimen hari ini.
Katanya, JPA juga telah meluluskan lebih 40,000 pelantikan secara kontrak turut diluluskan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.3 bilion.
Tambah Adham Baba, KKM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam meluluskan perjawatan dan pelantikan sumber manusia di KKM.
Katanya lagi, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan emolumen kepada pegawai di KKM yang kini berjumlah lebih RM18 bilion (63 peratus daripada peruntukan belanja mengurus KKM). – Malaysiapost

