“TERIMA kasih Melodi,” kata pelakon dan pengacara Janna Nick kepada produksi rancangan hiburan yang terkenal sejak sekian lama.
Menurut Janna, dia menitip ribuan terima kasih buat produksi Melodi kerana memberikan pengalaman buat dirinya sebagai pengacara dalam rancangan hiburan tersebut.
Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu juga berterima kasih buat pihak produksi kerana membuka ruang dan peluang serta sebagai patform untuk dia mengendali bidang pengacaraan.
“Terima kasih Melodi kerana menyumbang kenangan terindah dan pengalaman yang teramat berharga dalam perjalanan karier seni saya.
“Selain itu, menjadikan saya seorang pengacara termuda di Melodi dan menjadi platform pertama yang mengajar erti pengacaraan.
“Terima kasih rakan pengacara yang selalu menceriakan hari Ahad saya Ajak dan Awal Ashaari! Semua produksi Melodi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” tulisnya di hantaran Instagram.
Pada hantaran itu, Janna juga mengucapkan tahniah kepada pelakon Nabila Huda yang dipilih menjadi wajah baharu Melodi pada minggu seterusnya. – Malaysiapost

