Proklamasi darurat tidak disambung

0
1

Najamuddin Mohd Nor

[PARLIMEN] PROKLAMASI Darurat yang dijadual ditamatkan pada 1 Ogos, tidak akan disambung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan perkara tersebut pada sidang khas yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan ditamatkan hujung bulan ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Takiyuddin berkata, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here