CAC Maya dibuka pantau pesakit risiko rendah

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

PUSAT Penilaian Covid-19 (CAC) Maya telah diaktifkan untuk kemudahan pesakit positif wabak itu di sekitar Lembah Klang yang berstatus ringan atau tiada gejala.

Ketua Pasukan Bertindak Khas Lembah Klang Raya, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata, ia juga mampu mengurangkan isu kesesakan di semua CAC.

“Semua pesakit berisiko rendah atau tiada simptom diminta tidak datang ke CAC dan menjalani pengasingan secara kendiri di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chee Kheong berkata, pesakit kumpulan itu hanya perlu memuat turun aplikasi MySejahtera untuk melaporkan keputusan ujian positif Covid-19 yang diterima mereka.

“Mereka juga mendapat perintah pemantauan di rumah (HSO) secara digital tanpa perlu lagi gelang warna merah jambu yang menunjukkan arahan sah dari segi perundangan,” katanya.

Penubuhan CAC Maya berkenaan diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba minggu lalu susulan tular video melalui media sosial memaparkan ramai terpaksa berbaris panjang termasuk ada kalangan pesakit terbabit pitam atau pengsan kerana beratur menunggu giliran begitu lama terutama golongan wanita dan warga emas yang rentan ketika cuaca amat panas terik.

Ia ditambah lagi dengan aduan penduduk kawasan perumahan yang berhampiran CAC itu turut membantah keadaan tersebut apabila berlaku kesesakan trafik dan kebimbangan penularan virus secara sporadik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here