Zahid sahkan positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan dirinya positif Covid-19 namun memaklum tidak mengalami sebarang simptom yang serius.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, penjelasan itu dibuat selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai keadaannya selepas berita beberapa Ahli Parlimen dijangkiti Covid-19 tersebar.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

“Syukur Alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

“Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain,” tulisnya dalam Facebook, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini beliau akan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa di dalam talian, serta memohon doa untuk dipermudahkan urusan perjuangannya.

“Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian. Bagaimanapun iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. InsyaAllah.

“Saya akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada. Doakan saya untuk terus berjuang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mendoakan orang ramai terhindar daripada dijangkit wabak bahaya berkenaaan yang didakwa semakin memburuk di negara ini.

“Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dibawah lindungan Yang Maha Esa serta terhindar daripada jangkitan Covid-19 yang semakin memburuk di tanah air kita,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Ahmad Zahid adalah antara 35 individu yang positif Covid-19.

Kesemua 35 individu berkenaan selain Ahli-Ahli Parlimen ialah petugas-petugas Parlimen yang menjalani ujian saringan pada Jumaat lalu.

Selain itu, terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here