Kebenaran akan muncul – Caprice

0
1

PENYANYI rap dan usahawan terkenal, Caprice, memaklumkan akan meneruskan misi di Gaza walaupun kini namanya masih hangat dikatakan berselisih faham dengan pendakwah bebas Ebit Lew.

Menerusi hantaran di InstaStory, kenyataan Caprice itu merujuk kepada soalan netizen melalui mesej peribadi (DM) yang dihantar di laman Instagram.

Kandungan mesej tersebut mahukan Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli jangan patah semangat dah terus menyumbang untuk ummah.

Pada hantaran yang lain, dia mengakui berdepan dengan situasi yang berlaku dengan cara yang salah.

Namun begitu, Caprice berterima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan serta faham niatnya adalah untuk menunjukkan kebenaran.

Dalam maklum balas lain, Caprice menjawab: “Insya-Allah, saya baca semua mesej dan saya mahu ucapkan terima kasih sebab bakar semangat kita balik untuk meneruskan misi”.

Maklum balas itu ditulis apabila seorang lagi netizen mahu Caprice meneruskan perjuangan, biar orang hina, mencaci tapi Allah Maha Mengetahui semua ini.

“Alhamdulillah, one by one the truth will be revealed (satu persatu kebenaran akan muncul). We pray, we learn, we move on (Kita berdoa, kita belajar, kita teruskan),” tulisnya dalam hantaran lain.

Di akhir hantarannya, Caprice memaklumkan merupakan 40 hari yang cukup sukar dalam hidupnya dan ini adalah kali pertama artis itu beribadah dan berhiijrah berseorangan di negara orang.

“Saya tak pernah rasa keseorangan seperti ini. Insya-Allah satu hari nanti semuanya ini akan bermakna untuk kamu dan ummah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here