LAPORAN mengatakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa antara Ahli Parlimen yang positif Covid-19 ternyata tidak benar apabila beliau memuatnaik hantaran di laman Facebooknya menunjukkan sedang menonton perlawanan bola sepak di kediamannya malam ini.
Ahli Parlimen Ketereh itu, menonton perlawanan Liga Super antara KL City dengan Selangor yang berkesudahan seri 1-1.
“Malam ni tengok bola Liga Super.. Tamat perlawanan..KL CITY 1-1 Selangor…Alhamdulillah.
“Namun KL City perlu perbaiki lagi prestasi jika mahu perbaiki posisi ke 6 sekarang.
“Insya-Allah boleh terus meningkat,” tulisnya.
Terdahulu terdapat media yang melaporkan Annuar antara Ahli Parlimen yang dikatakan positif Covid-19 menjelang Sidang Khas Parlimen Isnin ini.
Bagaimanapun semakan mendapati laporan berita itu sudah di tarik balik.
Turut dilaporkan positif adalah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk. Dua lagi disahkan dijangkiti virus berkenaan adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. – Malaysiapost

