Covid-19: Ketua Pemuda PH positif tahap 4, dilapor kritikal

0
1

KETUA Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir disahkan positif Covid-19 pada tahap empat dan dilaporkan kritikal.

Perkembangan tahap kesihatan Shazni yang juga Ketua Pemuda Amanah itu disahkan Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, ‘Asim ‘Abdullah Ainullotfi.

“Status beliau sekarang adalah stage 4. Kami dimaklumkan keadaan beliau agak kritikal dan lemah.

“Kami juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau turut disahkan positif Covid-19. Buat masa ini, mereka menjalani kuarantin wajib di rumah sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak kesihatan.

“Kami mohon doa dan sokongan daripada semua agar kondisi beliau segera pulih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, ‘Asim ‘Abdullah berkata bagi meringankan beban keluarga Shazni yang berhadapan ujian ini, mana-mana pihak yang ingin membantu, boleh menyalurkannya terus ke isterinya menerusi nombor akaun Maybank 1642 2155 9968 (Zarith Noor Abdul Kahar). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here