
KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dan Kelantan bermula Sabtu ini hingga 6 Ogos.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu selepas meneliti dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.
“Dua lokaliti di Tuaran, Sabahiaitu di Kg Pukak, Mukim Tengah, PPR Gayang Ria, Mukim Berungis selain Kampung Gumandang, Kudat dan Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.
“Sementara, lokaliti di Sipitang, Sabah termasuk Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole,” katanya.
Sementara, tiga lokaliti di Machang, Kelantan membabitkan Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar, Labok.
Di Pahang, 14 Lokaliti dalam daerah Temerloh termasuk Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, Seluruh Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning Flat Sri Kemuning.
Selain itu, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, Seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan, Taman Keladan Indah dan Kompleks Penjara Bentong, Bentong, Pahang (termasuk kuarters). – Malaysiapost
