Jangan provok, gunakan saluran mahkamah – Peguam

0
2

ORANG ramai dinasihatkan mengawal kemarahan dan mengelakkan daripada melakukan tindakan provokasi apabila menerima saman daripada pihak berkuasa.

Perkara ini dikongsikan Peguam Kanan, Hasif Hasan di Facebooknya yang meminta orang ramai supaya bertenang apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Saya membaca berita melibatkan seorang lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes provokasi polis kerana tidak memakai pelitup muka di stesen minyak di Sri Damansara.

“Saya melihat video yang ditularkan semasa kejadian. Saya ada nasihat untuk kejadian seperti ini.

“Suspek tidak perlu terus menerus berbahas dan argue dengan pihak berkuasa. Juga tidak perlu provoke. Terima saman dan turunkan tandatangan,” katanya.

Menurut Hasif, masih ada ruang kepada individu yang merasakan diri mereka tidak bersalah mendapat pembelaan iaitu melalui perbicaraan di mahkamah.

“Tidak salah bagi suspek memohon atau merayu agar beliau tidak disaman oleh pihak berkuasa. Tidak salah juga beliau cuba memberi penjelasan kepada pihak berkuasa.

“Namun sekiranya penjelasan tidak diterima oleh pihak berkuasa dan saman masih dikeluarkan maka suspek perlu menghormati kuasa yang ada oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa menjalankan tanggung jawab mereka.

“Jika suspek merasakan beliau tidak bersalah atau tidak patut disaman, beliau boleh membuat rayuan dan penjelasan di mahkamah,” katanya.

Hasif berkata, mahkamah akan memberi peluang seluas-luasnya untuk individu berkenaan membela diri dan boleh menyoal balas pegawai yang menahan dan menyamannya.

Beliau berkata, orang ramai perlu tahu bagaimana menggunakan hak sebagai warganegara dengan betul dalam menyelesaikan perkara ini.

Katanya, indidvidu berkenaan juga boleh bertanyakan segala soalan yang releven kepada pihak yang menyaman dan tidak timbul isu provokasi kepada pihak berkuasa apabila di mahkamah nanti.

“Secara mudah, bila kita dituduh melakukan kesalahan oleh pihak berkuasa.

“Namun jika saman masih dikeluarkan, terima saman berkenaan. Jangan pula menandatangani saman dengan menulis perkataan lucah sebagaimana yang pernah berlaku” katanya.

Beliau berkata, pihak disaman juga diingatkan supaya tidak perlu melakukan provokasi atau mencaci hamun sesiapa, gunakan tempat yang sesuai untuk mempersoalkan perkara itu di mahkamah.

“Suspek boleh menyoal sendiri saksi atau melantik peguam. Akhir sekali, ketahui hak anda sebagai seorang warga negara,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 29 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana membuat provokasi dengan menghina pihak berkuasa menerusi video di media sosial.

Lelaki itu tidak berpuas hati kerana disaman pihak berkuasa akibat tidak memakai pelitup muka di stesen minyak Shell Sri Damansara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here