Kerajaan jangan main politik, menidakkan hakikat berlaku – Zahid

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan segera memperbaiki keadaan negara bagi mengelak lebih ramai rakyat terjerumus dalam jenayah survival.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh terus bermain politik dengan mengerahkan propaganda menidakkan hakikat serta cuba mengalih dan mengaburi rakyat daripada permasalahan yang sedang berlaku.

Katanya, memperbaiki keadaan bukan sekadar menyediakan bakul makanan guna dana sumbangan swasta kerana solusi itu hanya bersifat sementara.

“Memperbaiki keadaan bukan sekadar kerajaan sediakan bakul makanan guna dana sumbangan swasta. Itu solusi bersifat sementara. Negara perlukan penyelesaian yang konkrit dan komprehensif.

“Tidak boleh terus bermain politik dengan mengerahkan propaganda menidakkan hakikat. Cuba mengalih dan mengaburi rakyat daripada permasalahan yang sedang berlaku.

“Wajib segera memperbaiki keadaan supaya tidak lebih ramai terjerumus dalam jenayah survival,” katanya meenrusi Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ‘bos’ pasar raya Mydin sekali lagi menyuarakan tentang kehidupan rakyat di negara ini semakin tenat.

Beliau berkata, ada rakyat Malaysia sanggup mencuri di pasar raya disebabkan kesusahan hidup.

Katanya, paling menyedihkan mereka bukan curi barang berharga mahal elektronik, pakaian atau seumpamanya sebaliknya mencuri sayur-sayuran untuk dijadikan sebagai makanan mengalas perut.

“Benar kita sama sekali tidak menyokong perbuatan jenayah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bagaimanapun dalam diri setiap insan pasti ada nilai perikemanusiaan.

“Kita kena mendengar cerita tentang keadaan rakyat dan berusaha memahami realiti negara ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, lebih setahun kerajaan gagal menguruskan situasi Covid-19 dan kesannya sangat dirasai oleh rakyat.

“Penularan wabak perlu diatasi secepat mungkin dan ekonomi dipulihkan pada kadar segera.

“Telah lebih setahun mereka yang menguruskannya gagal maka sesuatu perlu dilakukan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here