Caprice, jadi tak pendedahan 21 haribulan ni?

0
2

PENCERAMAH bebas, Ustaz Abu Syafiq menasihatkan penyanyi rap Caprice untuk lebih mendekati selebriti terkenal Mesir jika mahu mengetahui rentak dakwah secara Islamik.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Abu Syafiq berkata, Caprice atau Ariz Ramli boleh merancang untuk membuat persembahan konsert bersama.

“First (pertama) kau pergi jumpa dan rapatkan saf dengan artis-artis Mesir yang hebat-hebat terkenal di sana. Mereka ni aku pernah jumpa masa study (belajar) kat sana.

“Macam @amrdiab follower IG dekat 14 Juta, @sherine dekat 10 juta, @mohamedramadanws 18 juta dan ramai lagi.

“Ajak mereka buat sesuatu yang baik, Islamik sekali gus dakwah mereka. Buat konsert pasal Palestin ke Malaysia-Mesir Love Gaza something gitulah,” katanya di hantaran itu.

Menurutnya, Caprice boleh mendalami asas pertuturan bahasa Arab jika mahu lebih serius dalam perjuangan soladiriti rakyat Palestin.

“Kau masuklah kursus bahasa Arab kat Mesir tu sikit. Asas pun takpe. Banyak tempat di sana nak belajar. Tambah talaqqi Quran sekali,” ujarnya.

Dalam masa sama, Abu Syafiq bertanya adakah pendedahan pada 21 Julai ini berkaitan kontroversi misi bantuan di Gaza akan dibuat Caprice atau tidak.

“Tapi jangan lupa jawab. 21 ni kita orang kena scam ke,” katanya.

Sebelum ini, Caprice yang berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, pada Rabu ini.

Caprice menerima kecaman selepas membuat pendedahan yang mendakwa Ebit Lew dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu.

Menurut Caprice, tindakan Ebit Lew memuat naik gambar bersama kanak-kanak dan wanita palestin tidak bersesuaian dengan budaya di sana dan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak di negara itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here