344,961 pemberian vaksin Covid-19 semalam

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SEBANYAK 344,961 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 14,347,285 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 9,815,735 individu dan daripada jumlah itu, 4,531,550 individu telah terima dos kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Berdasarkan data dan infografik yang dikongsinya, seramai 244,761 individu menerima dos pertama dan 100,200 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi pada Ahad ialah Selangor dengan 91,523 orang, disusuli Kuala Lumpur (64,859), Sarawak (52,411), Negeri Sembilan (18,785) dan Johor (17,140),” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here