10,972 jangkitan baharu hari ini

0
1
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

KES harian Covid-19 masih kekal di angka 10,000 selepas mencatatkan 10,972 jangkitan baharu pada hari ini.

Catatan kes harian Covid-19 hari ini sedikit menaik berbanding semalam dengan 10,710 kes baharu.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 4,404 jangkitan baharu.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), manakala Kuala Lumpur (609), dan Pahang (475).

Melaka pula pula merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), dan Sarawak (301).

Sementara itu, Kelantan dengan (170), Terengganu (144), Labuan (24), Putrajaya (48) dan Perlis (1). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here