Budak 11 tahun lari rumah kerana merajuk tak dapat berbasikal, main game

0
1
Polis Di Raja Malaysia

GARA-GARA merajuk kerana tidak dibenarkan berbasikal dan bermain game di dalam telefon bimbit, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun melarikan diri dari rumah.

Kanak-kanak lelaki itu ditemui sendirian di perhentian bas di Setia Alam pada jam 9.47 malam tadi oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata lelaki tersebut kemudian menyerahkan kanak-kanak terbabit ke Balai Polis Setia Alam.

“Pada jam 10 malam tadi, bapa kanak kanak tersebut yang tinggal di Setia Alam Seksyen U13, telah hadir ke balai polis untuk mengambil semula anaknya.

“Kanak-kanak tersebut dalam keadaan selamat dan hasil soal siasat awal mendapati mangsa keluar rumah kerana merajuk ekoran tidak dibenarkan bermain basikal dan bermain game di dalam telefon bimbit,” katanya menerusi kenyataan.

Susulan itu beliau memberi nasihat dan teguran kepada keluarga kanak kanak tersebut agar lebih peka dalam penjagaan kanak kanak.

“Seruan pihak polis agar masyarakat lebih prihatin terhadap isu kekeluargaan terutama semasa mendepani pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Terdahulu tular seorang kanak-kanak lelaki ditemui di perhentian bas oleh seorang lelaki berbangsa India. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here