63 pegawai, anggota IPD Kuantan positif Covid-19

0
1

SERAMAI 63 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan positif Covid-19, manakala 39 lagi menjalani kuarantin sejak 13 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali memaklumkan daripada jumlah itu 12 orang menerima rawatan di hospital yang mana seorang pegawai kanan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada masa sama, katanya, seramai 20 individu menjalani kuarantin di rumah serta 31 lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kuantan.

“Kes jangkitan ini dipercayai bermula pada 13 Julai lalu tetapi ketika itu hanya membabitkan beberapa anggota, sebelum merebak dan menjangkiti kakitangan lain.

“Semua anggota dan pegawai yang terbabit kini dikecualikan daripada senarai penugasan dan kita berharap mereka segera sembuh dan boleh bertugas semula,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau ditemui selepas meninjau sekatan jalan raya Jalan Tanjung Lumpur, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Kuantan.

Mohamad Noor berkata, IPD Kuantan beroperasi seperti biasa kerana pihaknya mendapat bantuan keanggotaan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Kami berterima kasih kepada Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf yang prihatin atas bantuan ini dalam memastikan penugasan daerah ini berjalan dengan baik serta lancar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here