Malaysia luluskan vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

MALAYSIA telah meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson.

Perkara itu telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata, KKM bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin Covid-19 itu.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu mesyuarat pihak berkuasa kawalan dadah kali ke-361 diadakan hari ini membincangkan berkenaan pendaftaran Vaksin Covid-19.

“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Susulan pengumuman itu, Malaysia telah meluluskan lima jenis vaksin Covid-19 setakat ini selain Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here