Lelaki ditemui mati tergantung di flat

0
2
Polis Di Raja Malaysia

Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di kediamannya di sebuah flat di Bidor, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.22 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, lelaki berusia 39 tahun itu telah diturunkan oleh jiran setelah dimaklumkan isteri mangsa, lapor Utusan Malaysia.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan sejurus selepas kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan di bawah laporan mati mengejut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here