Bapa rogol anak ketika isteri keluar cari rezeki

0
1
grafik

SEORANG bapa tergamak merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sejak tiga bulan lalu ketika isterinya keluar bekerja dalam kejadian di Kampung Merkang, Pasir Putih, Kelantan.

Perbuatan jijik suspek yang juga bapa empat anak itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata, suspek berusia 51 ditahan di rumahnya sebaik menerima laporan.

“Mangsa tinggal bersama suspek yang juga ayah kandung bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain.

“Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidurnya dan merogol mangsa ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.

“Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini mangsa tidak bercerita kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan dipukul suspek.

“Bagaimanapun, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here