KHIDMAT Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin sebagai Senator yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 16 Julai 2024.
Maklumat itu dikemas kini dalam laman web Parlimen hari ini.
Naib Presiden Bersatu itu bertanding bagi kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 tetapi tewas kepada
Tan Sri Annuar Musa.
Sebelum itu, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Radzi memegang jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Namun setelah Bersatu meninggalkan parti gabungan tersebut dan menyertai Perikatan Nasional (PN), beliau dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan.- Malaysiapost

