Vaksinasi harian melebihi 400,000 2 hari berturut-turut

0
1
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

JUMLAH vaksinasi harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan melebihi 400,000 selama dua hari berturut-turut.

Semalam, sebanyak 424,541 dos suntikan diberikan, manakala sebanyak 421,479 dos suntikan diberikan pada Isnin lalu.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi ciapan di laman Twitter berkata, daripada jumlah vaksinasi semalam, sebanyak 260,286 adalah dos pertama manakala 164,255 adalah dos kedua.

Beliau berkata, Sarawak menjadi negeri tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan 52,551 dos diikuti Selangor (25,696), Kuala Lumpur (23,707), Sabah (9,864), Pulau Pinang (7,195), Pahang (7,038).

Sementara itu, Dr Adham berkata jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 di negara ini sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lepas adalah sebanyak 12,212,730 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here