Jangkitan harian Covid-19 lepasi 11,000 kes

0
1

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi sejak wabak berkenaan melanda negara dengan merekodkan 11,079 kes hari ini.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, kes tertinggi adalah di Selangor yang kini melebihi 5,000 kes dengan mencatatkan 5,263 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur 1,521 kes dan Negeri Sembilan yang turut mencatatkan lebih 1,000 kes iaitu 1,033 kes hari ini, manakala Kedah merekodkan 497 kes dan Sarawak 472 kes.

Johor pula merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak 406 kes, Perak 329 kes, Melaka 323 kes, Pahang 321 kes, Sabah 239 kes, Pulau Pinang 234 kes dan Kelantan 211 kes.

Sementara itu negeri yang mencatatkan jumah jangkitan bawah 100 kes adalah Terengganu dengan 93 kes, Labuan 60 kes, Putrajaya 77 kes dan Perlis tiada jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

Sebelum ini jumlah kes harian tertinggi tidak pernah melebihi 10,000 sehari dengan rekod tertinggi adalah 9,353 pada 10 Julai lalu dan 9,180 pada 9 Julai serta 9,020 pada 29 Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here