421,479 dos vaksin Covid-19 tertinggi direkodkan

0
1
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

SEJUMLAH 421,479 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sehari sepanjang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, PICK.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr. Adham Baba melalui perkongsian data Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) di laman media sosial Twitter.

Menurut data itu, pemberian dos pertama adalah sebanyak 264,034 dos pertama manakala sejumlah 157,445 bagi dos kedua.

Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lalu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kemajuan kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, memberi gambaran negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

Beliau berkata, perkembangan itu membolehkan negara mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sedia kala. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here