Terengganu hantar pasukan kesihatan bantu Selangor, KL

0
1

JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menghantar 43 petugasnya ke Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk membantu anggota kesihatan di sekitar Lembah Klang yang berdepan peningkatan kes Covid-19.

Perkara itu dikongsi Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus yang berharap ia dapat mempermudahkan urusan menangani Covid-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang kian membimbangkan.

Katanya, mereka yang dihantar terdiri daripada pelbagai kategori jawatan iaitu 12 penolong pegawai perubatan, lima inspektor kesihatan, lima pembantu kesihatan awam, 11 doktor dan 11 jururawat.

“Kami turut terkesan dengan situasi dan beban rakan-rakan frontliners di sana. Bak kata pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa sakit juga.

“Semoga urusan kita semua dipermudahkan,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur terus mencatatkan lonjakan yang menjadi kes harian Covid-19 di negara ini terus meningkat.

Hari ini saja, Selangor mencatatkan 4,308 kes baharu manakala Kuala Lumpur dengan 609 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here