4,000 individu positif serbu CAC Stadium Melawati

0
1

PUSAT Penilaian Covid-19 (CAC), Stadium Malawati di Shah Alam hari ini berdepan situasi luar biasa apabila dilaporkan lebih 4,000 orang dipercayai positif wabak itu hadir untuk melaporkan diri.

Dilaporkan, ia jumlah tertinggi pernah dilaporkan untuk mendaftar masuk ke pusat berkenaan yang berkapasiti untuk menerima antara 1,500 hingga 2,000 orang sahaja.

Kebiasaannya pusat berkenaan menerima antara 1,200 hingga 1,500 orang setiap hari.

Difahamkan, orang ramai mula beratur sejak jam 8 pagi hingga 12 tengah hari yang mana barisan panjang dilaporkan sehingga 500 meter.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan ibu mengendong bayi turut sama berbaris panjang dengan sebahagian besar membawa bersama beg pakaian.

Lebih 10 bas persiaran diletakkan di bahu jalan yang membawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin selepas tahap kesihatan mereka dinilai di CAC berkenaan.

Kelihatan juga petugas kesihatan berulang-alik dan berlari mambawa pesakit yang mengalami sesak nafas ketika berbaris. – Malaysiapost

Foto Kredit: TW/@abangridhwan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here