Jangan tutup ruang komen akaun media sosial kerajaan – Menteri

0
1

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah meminta semua pentadbir akaun media sosial kerajaan tidak menutup ruangan komen.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pendekatan menyekat ulasan netizen hanya kerana tidak tahan dikritik hanya akan menyebabkan jurang komunikasi semakin melebar antara kerajaan dan rakyat.

“Sebaik-baiknya, cuba bertahan dan kalau mampu jawab, bolehlah terus bidas, tetapi jangan sampai tutup langsung kolum komen itu atau ditukarkan kepada mod peribadi pula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan secara maya Persidangan Antarabangsa mengenai Islam, Media dan Komunikasi Kali Ketiga yang berlangsung hari ini.

Program dua hari itu dianjurkan Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here