KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk tidak menafikan situasi genting yang sedang berlaku di Hospital Selayang.
Seorang pelayar Twitter, Ezman Shariff menciapkan beberapa bukti gambar dan video menunjukkan suasana meruncing Hospital Selayang susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 minggu ini.
“Tolong berhenti @KKMPutrajaya @DrAdhamBaba…. Ini bukan berita palsu. Mereka bersama menyumbang bekalan tangki oksigen kerana @KKMPutrajaya tidak membekalkannya… Sangat memalukan,” ciapnya yang juga seorang doktor perubatan.
Dalam ciapannya Ezman turut memuat naik beberapa video yang membuktkikan suasana sebenar yang berlaku di Hospital Selayang.
Kelihatan suasana sesak di wad hospital disamping barisan ‘frontliners’ bertungkus lumus memastikan setiap pesakit Covid-19 mendapat rawatan.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan orang ramai memberikan sumbangan untuk membekalkan 20 tangki oksigen kepada Hospital Selayang.
Bagaimanapun, Hospital Selayang hari ini menafikan bahawa berita hospital itu kekurangan bekalan tangki oksigen adalah berita palsu.
Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menasihatkan orang ramai berwaspada apabila menerima berita berkenaan yang tular di media sosial. – Malaysiapost

