87 kematian akibat Covid-19 hari ini

0
2

SEBANYAK 87 kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,067 kematian sejak virus itu melanda negara.

Berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes sembuh yang dilaporkan pula adalah sebanyak 5,910 kes.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh seluruh negara adalah 737,103 kes.

Sebanyak 959 jumlah pesakit sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 451 pula memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini, Malaysia sekali lagi merekodkan jangkitan Covid-19 yang tertinggi iaitu dengan 9,353 kes positif.

Berdasarkan kes baharu yang direkodkan itu, 9,342 membabitkan kes tempatan, manakala 11 lagi daripada kes import. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here