Mesyuarat MKT terima pandangan tanpa sekatan, tapisan

0
1

TIADA apa yang perlu dipersoalkan berhubung kenyataan rasmi parti oleh Presiden Umno selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam kelmarin.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan keadaan menjadi keruh apabila butiran mesyuarat dibocorkan begitu sahaja tanpa hormat kepada kerahsiaan parti.

Namun katanya, kenyataan media yang dikeluarkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat susulan pelbagai pandangan disuarakan dalam mesyuarat itu yang diraikan tanpa sekatan atau tapisan.

“Setelah perbincangan tamat, beberapa ketetapan dibaca oleh Presiden, selain mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri yaakob) atas pelantikan beliau.

“Dua ketetapan utama selain urusan dalaman parti iaitu parti menarik sokongan dari Perdana Menteri.

“Serta Ahli-Ahli Parlimen Umno diberi kebebasan menggunakan budi bicara dalam sebarang pengundian percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat kelak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Katanya lagi, setelah mesyuarat tamat, kenyataan Presiden dibaca secara “live”, kemudian keesokan harinya disusuli kenyataan tambahan yang dimandatkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kedua-dua kenyataan Presiden dan SUA merangkumi dua ketetapan utama seperti yang di atas,” katanya.

Berikutan itu Shahril meminta seluruh ahli terutama pemimpin Umno tanpa mengira kedudukan dan jawatan dapat terus memperkuat parti, menjuarai dan meyakinkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Itulah medan sebenar menguji kekuatan sama ada parti dan pemimpin mendapat kepercayaan dari rakyat segenap generasi atau tidak.

Tiada percaturan dari mana-mana pihak yang mampu mengubah hakikat ini. Ternyata situasi rakyat tidak menjadi lebih baik atau gembira membaca butiran persaingan atau percaturan politik terbuka apatah lagi disaat ini,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here