7 sekeluarga positif Covid-19, Mummy Becca risau keadaan suami agak serius

0
1

“SAYA sangat sedih sekarang ini dan terlalu berduka cita,” kata pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.

Rebecca atau mesra disapa Mummy Becca meluahkan perasaan sedih apabila suami dan enam anaknya disahkan positif Covid-19.

Perkongsian di hantaran Instagram milik Rebecca memaklumkan suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13; Nor Anggun Raverra, 9; Nor Aliff Al Raffael, 5; Nor Ahmet Al Reaggan, 2; dan Nor Aurora Riana, 2; disahkan positif covid-19.

Turut dimaklumkan bahawa tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah juga dijangkiti virus itu.

Bagaimanapun, pelakon yang juga usahawan itu bersyukur apabila dia dan dua lagi anaknya Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.

Tambahnya, tukang kebun serta tiga lagi pembantu rumahnya juga negatif wabak berkenaan.

“Tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang agak serius berbanding yang lain.

“Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam tempoh tujuh hari ini. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian saringan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here