“Ini masanya PM kongsi kegagalan dengan pemimpin Umno” – Shahrir Samad

0
1
shahrir samad

“KEADAAN sudah mendesak. Adanya rakyat yang terdesak,” kata Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, dengan situasi semasa rakyat yang berjuang untuk kelangsungan hidup tentunya kerajaan Perikatan Nasinonal (PN) juga semakin terdesak.

Tambahnya, keprihatinan kerajaan PN sedang dicabar kerana kini semakin banyak rakyat terpaksa meminta bantuan untuk keperluan hidup.

“Sokongan terhadapnya juga dalam bahaya. Jawatan dan kedudukan dalam bahaya. Apa yang akan dibuat oleh suatu pihak yang sungguh terdesak?

“Dari hilang segalanya kerana kegagalan, kongsikan kegagalan itu dengan mereka yang inginkan sangat kedudukan dan pangkat.

“Bukan kongsi kuasa. Kerana tidak semua kedudukan itu adanya kuasa yang mutlak pun,” katanya dalam hantaran Facebook.

Shahrir berkata, sekarang masa yang tepat untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan timbalannya daripada pemimpin Umno untuk berkongsi ‘kegagalan’.

“Inilah masa untuk TS Mahaidin (Muhyiddin) untuk berkongsi kegagalan dengan pemimpin Umno yang hendakkan jawatan itu.

“Umno MT (Majlis Tertinggi) pernah menolak tawaran jawatan itu kerana tidak gilakan kuasa. Tapi apa ada hal dengan MT!,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Shahrir memetik kenyataan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin, yang memaklumkan kini banyak kecurian yang berlaku atas barangan basah dan sayur-sayuran.

Beliau menegaskan, kenyataan tersebut bukan satu hasutan untuk mengagalkan usaha kerajaan PN tetapi pandangan daripada pakar sektor perniagaan.

“Ini bukan hasutan untuk mengagalkan usaha sebuah kerajaan yang ‘prihatin’ tapi kenyataan seorang tokoh perniagaan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here