PADAH melepak di ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tujuh individu ditahan selepas didapati berkumpul di tepi laluan Jambatan Jalan Sungai Saim, di Rantau Panjang, Klang.
Polis Daerah Klang Utara dalam hantaran Facebook berkata, Op Khas Motosikal itu dijalankan atas maklumat orang awam yang membuat aduan di ruangan ‘Messenger’ dan risikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.
Katanya, tujuh lelaki yang ditahan berumur antara 16 tahun hingga 23 tahun termasuk enam motosikal diperiksa dalam Op tersebut.
“Sejumlah 26 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas dan sebanyak dua motosikal disita.
“Seramai enam orang dikenakan kompaun di bawah Seksyen 17 APPPPB kerana berkumpul di tempat awam dan keluar tanpa halatuju,” kata hantaran itu. – Malaysiapost

